Latihan kemahiran berdasarkan Standard dan dilaksanakan sepenuhnya di Pusat Bertauliah serta membawa kepada penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia.
Latihan ini direka untuk melatih peserta menguasai kemahiran profesional mengikut standard yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program dilaksanakan sepenuhnya di Pusat Bertauliah (PB) berdaftar JPK, dengan pendekatan yang menekankan praktikal dan penguasaan kemahiran industri sebenar.
Peserta yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), yang diiktiraf secara rasmi di peringkat kebangsaan. SKM membolehkan individu:
Mendapat pengiktirafan rasmi bagi kemahiran yang dikuasai, sesuai untuk industri.
Meningkatkan kebolehpasaran dan peluang kerjaya, kerana sijil ini menjadi rujukan utama majikan di sektor awam dan swasta.
Menjadi asas untuk menyambung ke tahap kemahiran yang lebih tinggi melalui Pusat Penilaian Amali (PPA-PPT / PB-PPT) atau program lanjutan.
Program ini sesuai untuk mereka yang ingin mendapat kemahiran praktikal dan profesional secara sistematik, selaras dengan keperluan industri, dan memperoleh pengiktirafan rasmi JPK melalui SKM. Program ini juga amat sesuai bagi pelajar lepasan SPM.
KOD NOSS : T982-001-3:2017 | Tahap 3
Program ini direka untuk melatih individu menjadi tenaga pengasuh kanak-kanak yang berkemahiran dan profesional. Pelajar akan didedahkan kepada asas perkembangan kanak-kanak, teknik pengasuhan, keselamatan serta persekitaran pembelajaran prasekolah. Program TVET ini menekankan kemahiran praktikal, membolehkan peserta mendapatkan pensijilan JPK (SKM) dalam tempoh 12 bulan, dan bersedia untuk menyertai industri pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.
KOD NOSS : N821-001-3:2020 | Tahap 3
Program ini direka untuk melatih individu menjadi tenaga pentadbir pejabat yang cekap dan profesional. Pelajar akan didedahkan kepada kemahiran pengurusan dokumen, komunikasi pejabat, penyelenggaraan rekod dan operasi pentadbiran harian. Program TVET ini menekankan kemahiran praktikal bagi membolehkan peserta memperoleh pensijilan JPK (SKM) dalam tempoh 15 bulan, sekaligus bersedia menyertai sektor pentadbiran dan pengurusan pejabat. Program ini telah mematuhi pentauliahan secara COPTPA.